Tips Menghadapi Sang Photographer

Bersempena dengan tahun baru 2011 yang bakal menjelma ini, pastinya ramai di antara kita (bukan saya yang pastinya :p) berkira-kira, merancang segala persiapan untuk bergelar Raja Sehari. Pelamin, kanopi, catering, kendarat, kad undangan, mak andam dan tak ketinggalan photographer. Apa guna berhabis ribuan untuk mak andam dan set pelamin serta persalinan yang berbagai tapi sekadar diabadikan dengan Nikon Coolpix ataupun Canon Ixus. Demm... Memang seni itu bukan datang daripada mahalnya kamera tapi dari mata yang melihat. Tapi try tengok Saiful Nang ke Kukubesi ke, dSLR kamera wajib bergantung di leher, melilit di tangan. Entri kali ini bukan untuk membahaskan kamera compact vs dSLR atau Nikon vs Canon mahupun Malaysia vs Indonesia. Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman yang dah setahun setengah jagung ni dalam arena klik-klik kahwin berkenaan tips persiapan untuk pengantin berhadapan dengan kami sang photographer :D.


  • Facebook
Zaman makin maju, teknologi makin hebat, CityVille makin berkembang..eh?? Facebook yang boleh dikatakan satu-satunya laman sosial semasa yang popular dan memudahkan semua orang. Daripada iklan bisnes, MLM, penipuan, undangan perkahwinan semua di Facebook. Jadi apa kaitan Facebook dengan photographer? Berdasarkan pengalaman sendiri info yg terdapat di profile anda sedikit sebanyak membantu sang photographer untuk merancang gambaran shooting yang ingin dibuat. Personaliti, tempat tinggal, pekerjaan boleh memudahkan proses pengenalan diri kepada photographer.


  • Penjagaan Muka
Khas buat pengantin lelaki :p. Sebulan sebelum kahwin, jangan sekadar berlatih untuk menjawap "Aku terima nikah ....." je, penjagaan muka teramat sangat diperlukan. Anda mungkin tidak pernah menggunakan apa-apa produk kulit sebelum ini, tapi jika duduk di sebelah dengan si isteri yang disolek oleh mak andam yang ditempah ribuan ringgit bagaikan cerita Beauty and The Beast!! Demm.. Cerita tu lagi menarik untuk ditonton. Anda King dihari itu, pastikan title tersebut tidak menjadi Beast!! Bak kata Fahrin Ahmad dalam iklan Garnier, "Take Care..".


  • Latih Depan Cermin
Bukan sahaja bila ingin berhadapan dengan interview saja yang perlukan latihan cermin, nak kahwin pun sama. Latihan senyuman sangat penting untuk hasil gambar yang menarik. Senyum seindah suria, bagaikan anda bakal menghadapi satu malam yang indah..ehh.. Cuba lihat senyuman anda. Nampak gigi, tutup mulut, angkat tepi mulut sikit. Yang pasti jangan senyum sep atau kemam atau takut tercicir emas dalam mulut. Lepaskan kegembiraan anda melalui senyuman :D
Najib & Haryati's Wedding


  • Gaya Un-Skema
Anda Raja dan Permaisuri sehari, bukan patung hiasan di muzium yang perlu duduk kaku, tangan di riba, muka ketat dikelilingi patung-patung lain yang juga berdiri tegak dengan muka ketat. Demmm.. Senyum lah sikit, buatlah gaya bersahaja di pelamin. Ucapan semudah "Selamat Pengantin Baru" boleh menghasilkan satu saat yang indah untuk diabadikan di dalam album :)


Azri & Roslinda's Engagement


  • Makan Damai/Beradab
Foto wajib - si suami suap si isteri dan dibalas. Kalau banding gambar-gambar sebelum ini, rasa seperti gambar yang sama super impose untuk pasangan-pasangan yang lain. Jadi perlu sentiasa bersedia dengan arahan photographer untuk suapan candid yang lebih menarik daripada suapan tradisional :D.

Norawi & Syarfa's Wedding


  • Alert
Anda mungkin sibuk bersalaman, melayan tetamu, menyapa kawan-kawan, makan hidangan berbagai sehingga sang photographer yang diupah beribu-ribu diabaikan begitu sahaja. Akhirnya anda juga yang complain gambar-gambar tidak menarik. Jadi sambil melayan, perhatikan juga kedudukan photographer. Mungkin juga senyum ketika kamera ditujukan. Mereka inginkan gambar anda yang menawan, yang tergelak, yang bakal membuat memori anda kekal tersemadi hanya melihat gelagat anda sendiri.

Rizal & Azalina's Wedding


  • Pegang Tangan
Satu perkara yang paling obvious kelihatan ialah janggalnya pegangan tangan pasangan pengantin. Anda sudah pun berkahwin, sah  di sisi Agama. Apa tunggu lagi? Pegang lah tangan kekasih hati mu yang didambakan itu. Si pengantin lelaki gentleman lah sikit, si pengantin perempuan tak salah kalau nak memulakan dahulu. Jalan-jalan melayan kawan-kawan serta saudara yang mengunjung sambil menggenggam erat tangan pasangan, kan ke manis begitu? :D.

Faizal & Laila's Wedding


  • Ceria
Seringkali terjadi di majlis-majlis perkahwinan ialah pengantin malu, kaku, sugul, muka ketat, kaget dan sewaktu dengannya. Diingatkan, ini hari menyambut betapa dua jiwa disatukan dan sebagai pasangan yang dirai sila elakkan muka ketat tersebut. Senyum bagaikan teringat malam pertama yang bakal dilalui, posing gembira seperti gambar-gambar anda di Facebook, lompat umpama menggapai bulan nun jauh. Ohh.. :D.

Zulkarnain & Zoyanti's Wedding


  • Shoot & Burn (S&B)
Memang diakui trend masa sekarang yang serba digital pasangan menempah pakej S&B. Save bajet, gambar pun menarik. Tapi cuba anda bayangkan.. Gandum gred A++ dituai menjadi tepung, telur ayam organik HPA gred A++, icing berwarna-warni serta coklat yang lagi sedap daripada ferrero rocher. Kecuali anda Chef Hotel, pastinya kek yang anda buat tidak sesedap kek nyonya kedai Family Cake. Kesinambungan kreatifnya kami sebagai photographer bukan diakhiri setakat petikan terakhir kamera ketika sesi outdoor, tetapi pada editing, designing album tersebut. Gambar yang cantik belum menjanjikan album yang menarik tanpa designer yang tertarik..ehh? :D

Demikianlah serba sedikit tips yang berguna untuk bakal-bakal pengantin. Semoga anda dapat mengabadikan saat-saat indah Raja Sehari dengan senyuman, keceriaan serta kegembiraan tanpa muka ketat :D


Haqim

+ 6 0 1 7 7 1 0 2 2 0 7 | + 6 0 1 9 7 4 6 0 7 5 3
email: mnhqmy@gmail.com
website: qulukis.blogspot.com
personal: kulukulusite.blogspot.com
facebook: facebook.com/siqulu

Comments

Popular Posts