Jelajah Janji Ditepati, Batu Pahat 2012

Salam ^^.
Sedikit tangkapan daripada program Jelajah Janji Ditepati di Batu Pahat, Johor yang  baru-baru ini diadakan. Melihat dari sudut agak berbeza antara ceramah, gerai acara dan realiti kehidupan :).

 Lautan Merah - Kehadiran program ini dilaporkan lebih 30 000 orang. Betul, tapi lebih setengah rasanya diimport menaiki bas dari segenap daerah di Johor. Juga sesetengah jabatan kerajaan mengeluarkan notis arahan WAJIB HADIR bagi memeriahkan jelajah tersebut :D


 Kipas - Susah - Mati

 Sekawan pasukan kecemasan sekolah menengah terpilih. Sampai sekarang agak musykil kenapa pasukan beruniform ini majoritinya masyarakat cina.

 Pen naa... Sini maa.. ^^

 Antara acara sukan yang turut diadakan pada program tersebut.


 Gerai tembak-target-besi-sampai-jatuh.

 Juga terdapat permainan tarik-budak-ke-udara ^^. Urusetia memasang segala kelengkapan sebelum budak ditarik.

 Bacaan doa - Antara tanda-tanda sesuatu yang menarik akan berlaku :D.

 Ketap bibir dah.

 Tarikan pertama - Boleh kata muka teruja berada di awangan, ketawa sambil diperhatikan keluarga dan orang ramai. Tapi...

 ...bila kali kedua tarik, ketap bibir dan doa dah tak cukup menggambarkan perasaan ketika itu ^^.

 Akhirnya diturunkan selepas 3 tarikan. Mentally traumatized :D.

 They pointed the camera to the kids. Kids love camera :D.

 Sesi ceramah dimulakan dengan ucapan Menteri Besar Johor.

 PM menaiki pentas dengan disambut kibaran Jalur Gemilang mini.

 When using umbrella is too mainstream.

 Realiti kehidupan - Program-program sebegini sememangnya menawarkan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecilan. Barang-barang tarikan kali ini: robot mini, bubble blower (betul ke eja?), vuvuzela mini dan payung pelangi.

 Apalah sangat panas terik dan peluh kalau dibanding dengan kedatangan orang ramai membeli barang jualan.

 Antara penjual bubble blower dan payung pelangi berhampiran padang. Dikala ahli-ahli politik tak henti dengan projek juta-juta, fitnah sana sini, rasuah lagi, berita di tv yang penuh dengan kebencian parti politik, makcik ini bertungkus lumus mencari sesuap nasi.

 Lihat saja tiga anak kecil ini, hanya sekadar dapat melihat ibu mereka berniaga. Ya, BR1M yang sering dibanggakan PM banyak membantu golongan sebegini. Tapi bukankah BR1M juga menunjukkan rakyat Malaysia ini ramai yang masih di paras miskin? Membanggakan? Menyedihkan..

 Juga terdapat mereka yang sanggup bercostume badut di waktu matahari terik.

 In terms of menghiburkan,it's a job well done.
 Dan ya, mereka warga Bangladesh. Respek sikit, team bola mereka ranking lebih tinggi daripada Malaysia.


Kadang-kadang bila dilihat keadaan sekeliling, terasa betapa semakin teruknya kehidupan sekarang. Masalah sosialnya, ekonominya, agamanya. Sama-sama menghayati dan diambil pengajaran :).

Haqim

+ 6 0 1 7 7 1 0 2 2 0 7
email: mnhqmy@gmail.com / siqulu@facebook.com
website: qulukis.blogspot.com
personal: kulukulusite.blogspot.com
facebook: facebook.com/qulukisphotography



Comments

Post a Comment

Popular Posts