Jamadilakhir 1434
Salam ^^.
4 Jamadilakhir 1434.
3 tahun sudah berlalu
sejak menamatkan pengajian
ijazah pertama
di Universiti Sains Malaysia :).
Masih merangkak
dalam dunia perniagaan
berasaskan hobi, minat,
kepakaran (mungkin?)
dan harapan.
Cewwahh.. Sekadar coretan asah skill :p.
Ini gambar-gambar tahun 2003 yang menggunakan kamera filem srreett..srreett-auto-gulung-nikon-murah, saat menyertai Program Khidmat Sosial Negara (PKSN); gambar yang sedikit sebanyak bermulanya era fotografi dalam hidup dan ya, lepas cuci kena marah :p.
Daripada gambar-gambar ini, 4 subjek teknikal utama masa itu terfikir dek akal; gambar pokok tu lebih menarik lepas digunting, gambar pantai terlalu terang, gambar tebing jambatan kabur macam bergerak, gambar yang lebih menarik dengan garis lintang ke atas. Awal tahun 2000 internet belum lagi popular, jadi sumber rujukan utama hanyalah buku-buku, majalah-majalah di kedai-kedai buku yang dibaca free sebelum kena maki :p.
Alhamdulillah, selepas tiga tahun dengan berbekalkan azam, semangat juga sokongan orang-orang tersayang, Qulukis Photography masih bertapak dalam dunia perniagaan ini ^^. Ramai yang bertanyakan kedai tempat beroperasi, namun buat masa ini "kedai" Qulukis Photography dalam keadaan "bergerak". Hanya perlu tetapkan masa dan tempat, insyaAllah contoh-contoh album serta gambar akan datang dibawa tuan empunya photographer dengan wajah ceria :D.
Coretan kali ini ingin memberi sedikit pengenalan buat mereka yang berhajat, tertanya-tanya untuk menempah perkhidmatan Qulukis Photography. Manalah tahu kalau-kalau ada yang ingin mengenali gaya Qulukis Photography ini sebelum menempah :D.
Bagi mereka yang telah meng"like" facebook page Qulukis Photography atau mengikuti segala update di website ini, pasti anda perasan yang gambar-gambar highlight adalah gambar ketawa, tergelak, sengih terlebih nampak gigi :D. Ya, untuk setiap majlis yang kami ambil, gambar-gambar tersebut merupakan target utama kami ^^.
Sangat berharap gambar-gambar sedemikian akan sedikit sebanyak meninggalkan kesan keceriaan berpasangan buat anda ^^.
Salah satu saat yang paling tegang buat pengantin lelaki adalah ketika majlis akad nikah dilangsungkan dan kami berasa amat bertuah dapat mengabadikan kenangan tegang, tension melafaz sebaris ayat bermulanya kehidupan anda sebagai pasangan suami isteri ^^.
Ungakapan "Raja Sehari" oleh masyarakat Melayu dari dahulu sering dikaitkan dengan gambar atas pelamin, tangan di peha, muka bengis, "rakyat jelata" berdiri kaku di sebelah :p. Apa salahnya di zaman moden ini kita tukar pemikiran tersebut kepada "Raja Berjiwa Rakyat", sambil senyum, sengih, melakukan aksi spontan bersama sahabat dan saudara :D.
Seboleh-bolehnya, kami tidak mahu kehadiran kami ke majlis-majlis anda menjadikan suasana yang sangat kaku. Gerakan robot, kepala dan bahu bergerak sekali adalah antara aksi yang biasa terjadi bila suasana terlalu formal difikiran. Ceriakan suasana sekeliling anda, insyaAllah senyuman akan terukir di samping pasangan hidup baru anda. Wajah-wajah ceria, emosi yang ikhlas dari hati akan kami rakam menjadi satu kenangan indah buat tatapan sepanjang hidup anda :D.
Posing atau ikut Google Translate "menyamar" adalah satu teknik samaran gaya yang tidak menunjukkan identiti,personaliti individu atau pasangan terlibat :p. Teknik ini hanya dikira berjaya apabila anda:
SENYUM :D.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa "suap-menyuap" termasuk dalam kategori "samaran". Kerana ia adalah teknik samaran paling awkward dalam sesebuah majlis dan apa yang membezakan gambar di atas dengan gambar kebiasaan?
SENYUM :D
Terima kasih buat semua yang menyokong Qulukis Photography selama ini ^^. Tanpa anda sekalian kemungkinan untuk website ini dipenuhi gambar-gambar serangga, landskap amatlah tinggi :p. Namun begitu, kami di Qulukis Photography akan mula kembali menerjah setiap pelusuk kawasan bagi mengembalikan semula satu rasa passion yang agak semakin lama semakain pudar dalam diri. Jadi kalau terserempak bersama pasangan, mungkin gambar ceria anda bakal berada di sini :D
Haqim
+ 6 0 1 7 7 1 0 2 2 0 7
email: info@qulukis.com / mnhqmy@gmail.com
website: www.qulukis.com
facebook: facebook.com/qulukisphotography
Comments
Post a Comment