Jalan-jalan | Hutan Lipur Soga Perdana
Salam ^^.
So, yok mula berjalan :D.
Hutan Lipur Soga Perdana juga menawarkan Menara Peninjau (tak beberapa pasti nama tempat tersebut). Sebahagian kawasan Bandar Penggaram dapat dilihat di menara tersebut. Dan sudah tentu; TANGGA.
Sangat berharap kawasan Gunung Soga ini dapat dipelihara. Tapi bak kata pepatah "Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak". Toleh ke bawah Menara Tinjau....
Seliar-liar dan sebodoh-bodoh binatang, tak sekalipun tempat-tempat ini diperlaku sedemikian oleh mereka. (Emo..).
So, itu sahaja. Sedikit emo di penghujung entry :D. But, keep on coming here and do bring your own plastic bag to at least remove some "stain" in our forest.
Haqim
Jumaat tiba lagi dan alhamdulillah masih lagi kita berpeluang untuk bertaubat untuk seminggu lagi, mana tahu hari kiamat Jumaat minggu hadapan, kan? :D.
Bagi melegakan kepala yang sarat dengan gambar-gambar pasangan bahagia pengantin (:p), di Qulukis Photography jalan-jalan melihat alam sekitar amatdigemari. Berkesempatan untuk melakukan aktiviti berpeluh sambil melenguhkan kaki di Hutan Lipur Soga Perdana. Satu-satunya kawasan tanah tinggi di Batu Pahat yang dimajukan untuk selain tujuan pembangunan :).
So, yok mula berjalan :D.
Warm up sikit, redah laluan tepi entrance.
Dataran yang kebiasaannya terdapat perlawanan badminton :D.
Sudah beberapa kali menjelajah hutan lipur ini, cuma baru kali ini berkesempatan membawa kamera ^^. Sedikit pengenalan kawasan hutan lipur ini; bagi mereka yang inginkan peha (thigh) yang mantap, silalah kerap berkunjung. Menawarkan langkahan tangga sebanyak 9 level yang mana setiap level tersebut langsung tak sama dari segi tinggi dan jauh, malah setiap anak tangga juga tak sama tinggi, besar dan senget. Mencabar bukan? Been wondering, is it the architecture ingenious or just constructor laziness? :p.
Taman Mini Herba yang tak pernah dibuka kepada umum.
Pastikan anda tidak melawak ketika berjalan, anda mungkin bergolek tanpa henti.
Tamat 9 level perjalanan mendaki tangga, anda boleh turun dan naik semula atau teruskan perjalanan yang agak santai. Kawasan ini juga boleh dinaiki melalui jalan yang tidak bertangga.
Satu-satunya mata air yang terdapat di sini.
Hutan Lipur Soga Perdana juga menawarkan Menara Peninjau (tak beberapa pasti nama tempat tersebut). Sebahagian kawasan Bandar Penggaram dapat dilihat di menara tersebut. Dan sudah tentu; TANGGA.
Jalan menuju ke menara tinjau dikelilingi tunbuhan paku pakis.
Dan tangga lagi (konon-konon macam terjatuh :p).
Agak tak menghairankan bila anda terserempak dengan family Malaysian ini. Tak kira kecil, besar, tua dan muda, malah ada yang berbaju kemeja berkasut pejabat pun turut mendaki. Sayang, kebanyakan rakan-rakan sendiri lebih gemar menaiki lift dan escalator di shopping mall.
Kan seronok kalau ada denai atau laluan yang lebih jauh ke sebelah bukit sana ^^
Dan tiba ke menara tinjau yang tak beberapa menara sangatlah :p. Dinasihatkan kepada pengunjung yang masih belum ke sini agar segera berbuat demikian, kerana semakin hari semakin tak terjaga tempat ini. Jadi sebelum roboh, meh datang :D
Dannnnn...
Tadaaaa.....?? Pokok makin tinggi sekarang.
Indah kan? Kawasan hutan berhampiran bandar, dengan post yang ada sikit info and some nice pics (ehemm.. ). Tapi seperti yang kita sedia maklum, pamphlets or media advertises always show the beauty side. People wouldn't know what's there in Bukit Cahaya Seri Alam until they go there and see with their own eyes :p. Perkara sama berlaku di kawasan Hutan Lipur Soga Perdana. Semakin hari semakin diri ini merasakan hayat kawasan tersebut hampir tiba.
Pembangunan itu bagus, tiada siapa yang menidakkannya. Sangat khuatir dengan perkembangan terbaru ini, kawasan berhampiran sudah mula diteroka.
Ini.
Dan ini.
Dan lagi.
Sedih, tak cukup beg plastik hendak di kutip semuanya. Juga kes di bawah ini.
Seliar-liar dan sebodoh-bodoh binatang, tak sekalipun tempat-tempat ini diperlaku sedemikian oleh mereka. (Emo..).
Nampaknya amaran sebesar kertas A4 ini tidak cukup untuk mendidik pengunjung yang datang ke seluas hutan.
So, itu sahaja. Sedikit emo di penghujung entry :D. But, keep on coming here and do bring your own plastic bag to at least remove some "stain" in our forest.
Mungkin ia tampak usaha yang kecil, tapi bak kisah Nabi Ibrahim a.s dengan burung kecil, kalau ada seribu burung kecil, terjagalah kawasan ini ^^.
Haqim
+ 6 0 1 7 7 1 0 2 2 0 7
email: info@qulukis.com / mnhqmy@gmail.com
website: www.qulukis.com
facebook: facebook.com/qulukisphotography
adakah ini tarzan valley yg popular dikalangan bebudak remaja pada tahun 1980an??
ReplyDeletetarzan valley? err..taun 1980an sy baru lahir :p
ReplyDeleteSalam.. baru nak p weekend ni. google dulu pasal ni sbb lama da x datang. last time this place is so disappointing with sampah and vandalisme . Hope to see better view this time :)
ReplyDeletewassalam :)..harap pegi dgn beg sampahlah ye, sikit2 lama-lama jadi bersih :D
DeleteSekarang dh ok ,yempay pun dh bersih dh terjaga 😊
ReplyDeleteYeay! Harap berterusan hendaknya ^^
DeleteI just got down from this hill, there is no rubbish bin, and I see rubbish scattered, to avoid this prepare a rubbish bin
ReplyDeleteIndeed, it is very sad. More than rubbish bin, people need to learn to appreciate this kind of place
DeleteBaru pergi semalam..dan.baru teringat sudah beberapa kali naik sini.
ReplyDeleteCuma nak bgtau pihak yg nak mencantikkan x upgrade signboard..kalau ada tanda check point lagi.cantik...